Segelintir penduduk di Singapura terpaksa berdepan dengan kekecewaan apabila sekumpulan berang-berang memakan ikan koi mahal yang dibela mereka di dalam kolam peribadi masing-masing.
Memetik laporan Insider, sukar untuk menyatakan jumlah sebenar berang-berang yang terdapat di negara yang mempunyai populasi seramai 5.7 juta penduduk itu.
Bagaimanapun, jumlah rasminya dikatakan hampir mencecah 100 ekor berang-berang dengan jumlah serang dari 10 keluarga berang-berang yang dikatakan mendiami pulau besar itu.
Tahun lalu, sekumpulan berang-berang yang dikenali sebagai keluarga Zouk, menyerang kolam peribadi tempat para penduduk membela ikan koi mereka di sebuah bangunan kondominium, dan membunuh kesemua ikan tersebut.
Sekitar pertengahan tahun ini pula, sekumpulan berang-berang dikatakan menyelinap masuk ke kawasan gereja tempatan dan membunuh hampir 100 ekor ikan, yang mana kira-kira separuh daripada angka tersebut ialah ikan koi, selama beberapa hari.
Sumber: [1]