Bang Si Hyuk Undur Diri Sebagai CEO HYBE

Syarikat pengurusan kumpulan K-Pop masyhur, BTS, iaitu HYBE mengumumkan sususan semula kepimpinannya.

bang si hyuk undur diri sebagai ceo hybe

Pada 1 Julai, HYBE secara rasminya memberitahu bahawa Bang Si Hyuk telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat terbabit.

Susulan itu, beliau dilaporkan akan memfokuskan pada peranannya sebagai ketua dewan pengarah selain mendedikasikan lebih banyak usahanya terhadap produksi muzik.

Sehubungan dengan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif HYBE HQ, iaitu Park Ji Won, kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif HYBE yang baru.

Selepas pengambilalihan HYBE dari Ithaca Holdings milik Scooter Braun, HYBE America akan dipimpin oleh Lenzo Yoon dan Scooter Braun yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Sementara itu, Han Hyun Rok, bekas Ketua Pegawai Eksekutif HYBE Solutions Japan, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif HYBE Japan yang baru sahaja ditubuhkan.

Menurut HYBE secara keseluruhan, perubahan kepimpinan itu dibuat dengan tujuan untuk mengambil langkah maju sebagai sebuah syarikat global.

 

Sumber: [1]