Bali Bakal Buka Pintu Semula Pada Pelancong Antarabangsa 4 Februari Ini

Indonesia bakal membuka semula pintu Bali secara berperingkat kepada pelancong antarabangsa bermula 4 Februari ini.

bali bakal buka pintu semula pada pelancong antarabangsa 4 februari ini

Langkah tersebut adalah untuk memulihkan ekonomi pulau peranginan tersebut yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu, kerajaan juga akan memendekkan tempoh kuarantin mandatori kepada lima hari berbanding tujuh hari khusus kepada pengembara yang sudah lengkap divaksin meskipun terdapat peningkatan yang stabil dalam kes COVID-19 pada Januari.

Namun, pengembara yang hanya menerima satu dos vaksin tetap perlu menjalani kuarantin tujuh hari.

“Strategi perlu diubah untuk sejajar dengan jumlah kes yang tinggi akibat penularan tempatan,” kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

 

Sumber: [1]