Baru-baru ini, tular di negara jiran mengenai kisah sedih seorang bakal pengantin wanita yang kehilangan pasangannya hanya dalam tempoh 19 hari sebelum perkahwinan mereka akan dilangsungkan.
Menerusi satu perkongsian milik wanita itu di TikTok, dia berkongsi momen-momen ketika melakukan persiapan perkahwinan bersama pasangannya itu.
Bagaimanapun, takdir punya perancangan lain apabila dia terpaksa menerima kehilangan pasangannya itu.
Di penghujung video tersebut, wanita terbabit sempat berkongsi pemandangan kubur pasangan tercintanya yang telah pergi buat selama-lamanya itu.
Coretnya di ruangan kapsyen, “Hingga kita bertemu lagi, sayang.”
Sejak dimuat naik pada 24 Ogos lalu, video tersebut telah ditonton lebih 3 juta kali dengan lebih 383,000 tanda suka daripada pengguna TikTok.
Rata-rata, ramai pengguna yang menyatakan simpati mereka selain menitipkan kata-kata semangat buat wanita itu.
Lanjut wanita sama di ruangan komen kemudian, “Wah, terima kasih banyak semua atas dorongan dan kata-kata yang membina untuk saya.”
“Semoga rakan-rakan yang mempunyai rancangan dipermudahkan oleh Allah SWT, harap mereka yang sekarang mempunyai pasangan dijaga dengan baik semasa mereka masih ada. Saling membahagiakan,” tambahnya.
Dalam pada itu, turut memilukan apabila terdapat seorang pengguna yang mengomen, “Anda adalah cinta terakhirnya.”
Sumber: [1]