Baik Lelaki Ataupun Perempuan, Pentingnya Skrub Bibir

baik lelaki ataupun perempuan, pentingnya skrub bibir

Pentingnya untuk skrub bibir kerana ia bukan saja berfungsi membuang sel kulit mati pada bibir tetapi juga untuk melembabkan bibir sekaligus menjadikan bibir kemerahan dan ‘fresh’. Skrub bibir harus dijadikan rutin harian baik lelaki dan juga perempuan. Jika anda mempunyai bibir yang lebam dan kusam, sesuai sangat amalkan petua ini.

  1. Campurkan semua bahan bahan ini dan gaul sebati sehingga dapat tekstur seakan pasir.
  • 4 sudu besar gula pasir/ gula perang
  • 2 sudu kecil minyak zaitun
  • 2 sudu kecil Vaseline
  • Bekas kosong
  1. Masukkan bahan campuran itu kedalam bekas bersih dan simpan pada suhu bilik. Mudah je kan?!

Kalau korang inginkan skrub berperisa dan berwarna, korang boleh campurkan sedikit lip balm ataupun campurkan sedikit madu. Kalau korang tak nak pakai minyak zaitun pun tak apa, ia boleh digantikan dengan minyak kelapa dan kopi.

Baik perempuan ataupun lelaki, skrub bibir sangat penting untuk menjada kebersihan diri dan sentiasa nampak fresh dan segar. Selamat mencuba guys!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita