Bahan Semula Jadi Yang Boleh Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta

bahan semula jadi yang boleh hilangkan bau hapak dalam kereta

Bau hapak atau bau yang kurang menyenangkan dalam kereta membuatkan kita berasa mual sehingga pening kepala. Kadang-kadang dengan hanya menyembur pewangi tidak menyelesaikan masalah ini malah bertambah pening kerana bau minyak wangi yang terlalu kuat. Ikuti tips untuk cara nak hilangkan bau hapak dengan menggunakan bahan semula jadi.

  1. Arang

Arang boleh menghilangkan bau durian, bangkai dan juga bau muntah. Ia boleh meneutralkan bau hapak, bau busuk atau kepam yang sedia ada dalam kereta. Gunakan arang terlebih dahulu sebelum menyembur pewangi.

 

  1. Soda penaik

Soda penaik atau baking soda adalah bahan yang selalu ada di rumah. Kalau tak ada arang korang boleh pakai soda penaik yang juga sangat berkesan menghilangkan bau yang kurang enak terutamanya bau hancing. Dengan hanya tabur soda penaik pada carpet atau seat kereta selasa 3 jam, kemudian vaccum. Soda penaik dapat menyerap bauan yang kurang enak.

 

  1. Serbuk kopi

Semua orang tahu tentang kelebihan serbuk atau biji kopi yang boleh menyerap bauan secara efektif. Ramai memilih bahan semula jadi ini, kerana kopi mempunyai baunya yang wangi dan sangat disukai orang ramai. Gunakan uncang kopi pun boleh. Jangan gunakan 3 in 1 pula ye. Haha

 

  1. Daun pandan

Daun pandai mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan.Ia adalah bahan asas dalam bunga rampai. Ambil beberapa helai daun pandan dan hiris kecil kecil. Kemudian, nak tabur boleh nak letakkan seperti dalam uncang pun boleh. Daun pandan akan mengharumkan lagi bau kereta. Kalau daun pandan dah kering, tukar yang baru.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: ohbulan