Baby Shark Pecah Rekod Sebagai Video Paling Banyak Ditonton Dalam Sejarah

baby shark pecah rekod sebagai video paling banyak ditonton dalam sejarah

Sebelum ni lagu Despacito merupakan nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yanke memegang takhta sebagai video paling banyak ditonton, sekarang ni kedudukan tu dirampas oleh Baby Shark.

Baby Shark yang mencipta fenomena tersendiri telah ditonton sebanyak 7.04 kali pada platform YouTube. Weh, banyaknya!

Lagu tersebut telah direkod oleh penyanyi Korea-Amerika, Hope Segoine dan diterbitkan oleh syarikat pendidikan Pinkfong. Video tersebut telah dilancarkan pada 17 Jun 2016.

Lagu ni memang berhantu. BUkan sahaja kanak-kanak yang menyukainya. Orang dewasa pun turut terikut-ikut dengan jingle tersebut. Lagu ini juga pernah tersenarai dalam carta Billboard Top 100 pada tahun 2019.

Perghhhh! Power lah!

Sumber: CNN