BTS Tercalon Dalam 4 Kategori Billboard Music Awards

Kumpulan K-Pop masyhur, BTS, sekali lagi mencipta sejarah baru apabila mereka dicalonkan dalam empat kategori untuk Billboard Music Awards 2021.

bts tercalon dalam 4 kategori billboard music awards

Empat kategori tersebut termasuklah anugerah Top Duo/Group yang pernah dimenangi mereka pada 2019, anugerah Top Social Artist yang juga pernah dirangkul mereka selama empat tahun berturut-turut!

Selain itu, buat pertama kalinya BTS turut menerima pencalonan dalam kategori  Top Song Sales Artist award dan Top Selling Song menerusi lagu hit mereka yang berjudul “Dynamite”.

Tidak ketinggalan, dua kumpulan K-Pop popular lain iaitu BLACKPINK dan SEVENTEEN turut sama menerima pencalonan Billboard Music Awards buat pertama kalinya!

Kedua-dua kumpulan tersebut berkongsi kategori sama iaitu Top Social Artist, bersama calon-calon BTS, Ariana Grande dan SB19.

Billboard Music Awards 2021 dijadualkan akan berlangsung pada 23 Mei 2021.

 

Sumber: [1]