BTS Dipilih Sebagai Entertainer of The Year Oleh TIME

bts dipilih sebagai entertainer of the year oleh time

Saban tahun, tabloid TIME akan memilih individu atau kumpulan yang telah memberi impak pada komuniti sepanjang tahun. Beberapa kategori telah diwujudkan antaranya penghibur tahunan, ahli politik tahunan dan beberapa kategori lagi.

Untuk tahun ini, kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS telah dipilih sebagai Entertainer of The Year oleh majalah itu.

Kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang ahli tersebut dipilih bukan sahaja kerana pencapaian luar biasa mereka tetapi untuk kerja-kerja amal yang telah dilakukan sepanjang tahun.

BTS juga sangat dikenali dengan sifat mesra mereka bersama peminat. ARMY sentiasa berasa dekat dengan ahli kumpulan itu apabila ahli BTS sering menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi dengan mereka.

Tahun ini juga, BTS terus mencipta sejarah tersendiri apabila mereka telah tercalon dalam Anugerah Grammy.

Tahniah BTS dan seluruh ARMY

Sumber & gambar: TIME