Tak lama lagi, BTS akan memulakan siri jelajah dunia mereka yang dikenali sebagai BTS: Map Of The Soul Tour. Seperti yang dijangkakan, jualan tiket konsert tersebut sungguh memberangsangkan sehingga sudah ada yang hampir sold out.
Apa yang lebih mengujakan, jualan tiket konsert tersebut melebihi jualan tiket konsert artis pop terkenal seperti Ariana Grande dan Taylor Swift. Perkara tersebut disahkan oleh StubHub- portal jual-beli tiket konsert.
Menurut portal itu juga, tiket konsert BTS telah dibeli oleh peminatnya boy band tersebut yang terdiri daripada 24 negara. Ini menjadikan BTS sebagai artis yang menjual paling banyak tiket untuk 30 hari lepas mengalahkan pemenang Grammy, Billie Eilish, Post Malone, Elton John dan My Chemical Romance.
Jelajah BTS akan bermula pada April ini dan mereka akan berhenti di beberapa negara di Asia, Amerika Utara dan juga Eropah. Sehingga hari ini, beberapa tempat sudah pun laris di jual pada minggu pertama.
Biarpun Malaysia tak tersenarai dalam konsert jelajah itu, tapi korang boleh pergi negara yang paling dekat iaitu Seoul, Korea Selatan dan Jepun.
Haaa ni tempat dan tarikh yang paling dekat untuk konsert jelajah BTS.
-11 – 12, 18 – 19 April: Olympic Stadium, Seoul
-28 – 29 Jun: Fukuoka PayPay Dome, Kyushu Island, Japan
-23, 25, 26, 30 Julai & 1 – 2 Ogos: Kyocera Dome Osaka, Japan
-7 – 8 Ogos: MetLife Dome, Saitama, Japan
-1 – 2 September: Tokyo Dome, Japan
Sumber: Forbes