BTS Bakal Tampil Di Pentas Grammy

Kumpulan K-Pop masyhur, BTS diumumkan bakal membuat persembahan di Anugerah Grammy yang bakal berlangsung pada 14 Mac ini.

bts bakal tampil di pentas grammy

Menerusi pengumuman Recording Academy pada 7 Mac lalu, kumpulan yang terdiri daripada RM, J-Hope, Jimin, Jin, Jungkook, Suga, dan V itu disahkan menjadi sebahagian daripada baris artis yang bakal membuat persembahan di anugerah berprestij tersebut pada tahun ini.

Turut membuat persembahan di Grammy Awards adalah bintang-bintang besar lain seperti Taylor Swift, Billie Eilish, Dua Lipa, Harry Styles, Cardi B, Post Malone, Doja Cat dan ramai lagi.

Terdahulu, BTS juga pernah tampil di Anugerah Grammy 2020 menerusi persembahan kolaborasi bersama Lil Nas X dengan lagu “Old Town Road”.

Namun tahun ini bakal menyaksikan kelainan pada kumpulan terbabit memandangkan ia merupakan kali pertama mereka mempersembahkan diskografi BTS di pentas Anugerah Grammy.

Selain itu, BTS juga buat julung kalinya dicalonkan dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance menerusi lagu hit, “Dynamite”.

Terdahulu, album BTS berjudul “Love Yourself: Tear” tercalon dalam Anugerah Grammy menerusi kategori Best Recording Package, namun, anugerah tersebut didekasikan khusus kepada pengarah seni yang terlibat dalam proses pembikinan album.

 

Sumber: Soompi