BTS Bakal Tampil Buat Persembahan Untuk Kali Pertama Di Korea Selatan Sejak COVID-19 Bermula

Kumpulan K-Pop masyhur, BTS bakal mengadakan persembahan pertama mereka di Korea Selatan untuk julung kalinya sejak pandemik COVID-19 bermula, dengan tiga konsert di ibu negara Seoul pada Mac ini.

bts bakal tampil buat persembahan untuk kali pertama di korea selatan sejak covid-19 bermula

Menurut agensi mereka, Big Hit Music, konsert tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah “Permission to Dance on Stage” mereka akan diadakan di Stadium Olimpik Seoul pada 10, 12 dan 13 Mac dan juga akan disiarkan secara langsung.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ARMY kerana sabar menunggu konsert secara bersemuka yang akan diadakan di Korea,” kata agensi tersebut.

Kali terakhir BTS membuat persembahan untuk peminat Korea Selatan adalah pada Oktober 2019, iaitu beberapa bulan sebelum pandemik COVID-19 bermula.

Ketika COVID-19 merebak pada 2020, kumpulan itu terpaksa menangguhkan dan membatalkan perancangan jelajah antarabangsa terbesar mereka yang melibatkan 40 buah konsert, namun beralih kepada beberapa rancangan dalam talian susulan itu.


Sumber: [1]