BTS Bakal Punya Junior! HYBE Rancang Debut Kumpulan Gadis K-Pop Pula

Agensi pengurusan BTS, iaitu HYBE kini dilaporkan sedang dalam perancangan mewujudkan label baru untuk diterajui Ketua Pegawai Jenama (CBO), Min Hee Jin.

bts bakal punya junior! hybe rancang debut kumpulan gadis k-pop pula

Pada 12 November, HYBE mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah label bebas baru bernama ADOR.

Ketua Pegawai Jenama, Min Hee Jin yang pernah menjadi pengarah kreatif dan ahli lembaga pengarah di SM Entertainment sebelum menyertai HYBE pada 2019 bakal menjadi CEO label tersebut.

Sebagai tambahan, ADOR juga difahamkan kini sedang mempersiapkan debut kumpulan gadis barunya yang dijangka membuat kemunculan menjelang 2022 ini.

Mengulas mengenai berita tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif ADOR Min Hee Jin berkata, “Saya bersedia sepenuhnya untuk menimbulkan satu lagi perubahan dalam industri muzik melalui pelancaran label baru ini.

“Tanpa rasa takut untuk menghadapi cabaran baru, kami akan mempersembahkan IP artistik baru (harta intelek) dan kandungan yang akan mempamerkan falsafah unik ADOR.”

 

Sumber: [1]