BLACKPINK Dah Settle Rakam Album Pertama, Ada Lebih 10 Buah Lagu Baru!

blackpink dah settle rakam album pertama, ada lebih 10 buah lagu baru!

Baru-baru ni, agensi pengurusan BLACKPINK, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan memulakan comeback mereka bermula pada Jun ini. Tapi, apa yang lebih menarik semestinya album penuh pertama mereka yang dijadual dilancarkan pada September ini.

Agensi tersebut menyatakan,

“BLACKPINK sudah habis merakam lebih daripada 10 lagu baru dan telah selesai production untuk album studio pertama mereka.”

Dalam kenyataan itu juga mereka menyatakan bahawa lagu baru pertama BLACKPINK akan dilancarkan pada pertengahan Jun. Buat masa ini, ahli kumpulan itu sedang bersedia untuk merakam video muzik lagu tersebut. Tapi yang paling ditunggu-tunggu semestinya koreografi mantap daripada kumpulan itu.

Wah, serious dah tak sabar! Harap semuanya berjalan lancar dan boleh lah dengar album pertama BLACKPINK!

Sumber: soompi