BLACKPINK Bakal Keluarkan Movie Sendiri

Sempena ulang tahun kelima mereka, kumpulan K-Pop mashyur BLACKPINK akan mengeluarkan filem pertama mereka yang akan ditayangkan di lebih 100 negara di serata dunia.

blackpink bakal keluarkan movie sendiri

Berjudul BLACKPINK THE MOVIE, tayangan tersebut dijangka akan bermula menjelang 8 Ogos ini, biarpun tarikhnya mungkin berbeza di beberapa negara.

Filem tersebut bakal memperlihatkan keempat-empat anggota kumpulan tersebut, iaitu Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose mengenang kenangan mereka bersama selain koleksi wawancara yang belum pernah dilihat lagi para peminat.

Tidak ketinggalan, BLACKPINK THE MOVIE juga bakal merangkumi persembahan daripada konsert digital mereka, THE SHOW dan konsert terdahulu mereka yang diadakan pada 2018 iaitu, IN YOUR AREA.

BLACKPINK THE MOVIE merupakan sebahagian daripada “Projek 4 + 1” yang diumumkan kumpulan tersebut sehari sebelum pengumuman mengenai filem ini dibuat.

 

Sumber: [1]