Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 Dikreditkan Mulai Hari Ini

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 sudahpun mula dibuat secara berperingkat mulai hari ini, 6 September 2021 bagi penerima B40.

bantuan khas covid-19 fasa 1 dikreditkan mulai hari ini

Manakala penerima M40 bakal menerima bantuan BKC pada 9 September, demikian menurut  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Bantuan itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharapkan dapat meringankan beban rakyat yang ketika ini terkesan akibat pandemik COVID-19.

 

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan,” katanya.

 

BKC telah diumumkan beliau pada 1 September lalu, melibatkan sejumlah RM3.1 bilion, dengan proses  pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini. Ia akan dimanfaatkan  seramai 10 juta penerima daripada  kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

 

Antara syarat lain bagi penerima BKC dalam  golongan miskin tegar dan B40 ialah berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan isi rumah atau warga emas (RM5,000 dan ke bawah), manakala individu bujang (RM2,500 dan ke bawah).

bantuan khas covid-19 fasa 1 dikreditkan mulai hari ini

bantuan khas covid-19 fasa 1 dikreditkan mulai hari ini

Bagi kelayakan penerima M40 pula, golongan ini perlu melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah  pendapatan isi rumah (RM5,001 hingga RM9,000), manakala bujang (RM2,501 hingga RM5,000).

bantuan khas covid-19 fasa 1 dikreditkan mulai hari ini

Sumber: [1], [2]