B.I Bakal Buat Kemunculan Kembali Ke Layar Muzik

Bekas ketua kumpulan K-Pop terkenal iKon, iaitu B.I membuat kejutan besar dengan mengeluarkan teaser video muzik untuk lagu solo pertamanya berjudul “Midnight Blue”.

b.i bakal buat kemunculan kembali ke layar muzik

Kemunculan tersebut bakal menjadi yang pertama buatnya setelah hampir dua tahun mendiamkan diri daripada arena hiburan Korea Selatan akibat dituduh terlibat dengan kes penggunaan dadah.

Teaser tersebut dikeluarkan tepat pada 12 tengah malam KST, menerusi saluran YouTube 131 Label Official.

Difahamkan, “Midnight Blue” merupakan sebuah lagu berunsurkan melodi piano berserta vokal yang menenangkan.

Rata-rata, ramai peminat yang meluahkan perasaan tersentuh terhadap karya yang dinanti-nantikan itu.

Dalam pada itu, B.I juga dilaporkan bakal meluncurkan album pertamanya pada 19 Mac 2021 jam 6 petang KST.

Terdahulu, B.I atau nama sebenar, Kim Hanbin diumumkan sebagai Pengarah Eksekutif untuk IOK Company pada Oktober 2020.

Syarikat terbabit dikhabarkan sedang dalam proses menyiapkan boy band pertama mereka.

Selain itu, IOK Company juga merupakan rumah buat selebriti seperti Moon Hee Jun, Lee Young Ja, Kim Sook, Jo In Sung, Jang Yoon Jung, dan Go Hyun Jung.

 

Sumber: Soompi