Azizulhasni Layak Ke Olimpik Untuk Acara Pecut

azizulhasni layak ke olimpik untuk acara pecut

Azizulhasni terus mencipta kejayaan apabila sekali lagi berjaya mendapat tempat untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara pecut. Kejayaan itu diperolehinya selepas memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia Kesatuan Berbasikal Dunia(UCI).

Berdasarkan ranking UCI, The Pocket Rocketman itu berjaya memperbaiki kedudukannya dan menempatkan diri dalam lima terbaik dunia.

Sebelum ini atlet yang bakal memberi harapan kepada Malaysia untuk membawa pulang pingat dari Sukan Olimpik itu telah berjaya ke temasya sukan terbesar tersebut melalui acara kegemarannya iaitu ‘keirin’. Beliau berjaya meraih tempat selepas menduduki ranking kedua dunia.

Olimpik Tokyo bakal menjadi penampilan keempat anak kelahiran Terengganu itu selepas Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016. Pastinya detik kegemilangan apabila beliau berjaya meraih pingat gangsa bagi acara keirin.

Sumber: Astro Awani