Awas, Lapor Polis Jika Ada Sesiapa Jual Vaksin COVID-19!

Vaksin Covid-19 adalah percuma untuk semua rakyat Malaysia. Semua orang tahu kan?

Cara untuk dapatkan vaksin mudah je, cuma kena daftarkan diri di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan antaranya melalui aplikasi MySejahtera atau laman web rasmi.

awas, lapor polis jika ada sesiapa jual vaksin covid-19!

Tapi, yang peliknya masih ada pihak tak bertanggungjawab yang cuba menjual vaksin Covid-19!

3 individu sudahpun ditahan di Putrajaya dan Brickfields baru-baru ini untuk siasatan lanjut.

awas, lapor polis jika ada sesiapa jual vaksin covid-19!

Modus operandi yang digunakan adalah tawaran melalui panggilan telefon secara rawak dan harga untuk 2 suntikan dos vaksin adalah RM420. Mahal!

Benda boleh dapat percuma kenapa nak bayar, kan?

Kalau dibuatnya vaksin yang dijual tu tiruan, duit melayang, silap-silap nyawa pun boleh melayang sekali. Takutnyaaaaa!

Ini pesanan untuk masyarakat di luar sana, tolonglah jangan mudah terpedaya dengan tawaran mengarut macam tu.

Kalau ada je pihak yang cuba risik-risik nak jual vaksin, jangan layan dan laporkan terus kepada pihak polis.

Ya faham, ada yang belum dapat giliran vaksinasi, tapi janganlah sampai sanggup nak beli dengan harga yang tinggi dan tak tahu kesahihan atau keberkesanan vaksin yang ditawarkan.

Sabar, temu janji korang akan tiba pada waktunya.

awas, lapor polis jika ada sesiapa jual vaksin covid-19!

Buat masa ni, patuh SOP dengan penuh disiplin sebab ni je cara untuk elakkan diri daripada dijangkiti Covid-19.

Kita mesti menang!

 

Oleh: Izzati Amir