Awas, Jangan Tertipu Dengan Auta Si 'Scammer' !

Bermula Isnin lalu, Bantuan Prihatin Nasional dah mula disalurkan kepada mereka yang layak. 

awas, jangan tertipu dengan auta si

Haa dah semak belum? Yang dapat, Alhamdulillah, gunakan sebaiknya. 

Tapi, bagi yang tak berjaya, sempat lagi tau nak buat rayuan sekarang.

Dalam kerajaan nak membantu golongan yang memerlukan ketika negara dilanda wabak Covid-19 ni, ada juga pihak yang sanggup ambil kesempatan!

Tak lain tak bukan, "scammers".

awas, jangan tertipu dengan auta si

Haaa, kat sini Ketua Jabatan Media Baru SKMM, Muhammad Amirul Hafiz Rosly ada tips untuk orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan mana-mana sindiket 'scam'.

awas, jangan tertipu dengan auta si

1. Jangan mudah berkongsi maklumat kewangan dengan mana-mana pihak. Ingat, tiada organisasi atau agensi perbankan yang minta maklumat bank seperti nombor pin ATM, ID dan kata laluan melalui SMS atau email. Itu semua auta!

awas, jangan tertipu dengan auta si

2. Abaikan sebarang SMS, Whatsapp atau email yang minta maklumat perbankan.

awas, jangan tertipu dengan auta si

3. Rujuk slot Waspada di portal Sebenarnya.my yang berfungsi memberikan amaran dan peringatan mengenai kes penipuan dalam talian.

So, hati-hati ye semua!

Jangan mudah tertipu dengan taktik licik 'scammers' yang asyik nak ambil kesempatan ke atas orang lain.

Kepada 'scammers', bawak-bawak lah insaf!

Oleh: Izzati Amir