Astro Radio Meningkatkan Jangkauan Pendengar Kepada 15.6 Juta

Kajian GfK Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2021 menunjukkan satu peningkatan baru radio di Malaysia dengan mencapai 96 peratus jumlah individu di Semenanjung Malaysia, setara dengan 21.1 juta pendengar radio mingguan, membawa peningkatan kepada 469,000.

astro radio meningkatkan jangkauan pendengar kepada 15.6 juta

Dari ini, Astro Radio meningkatkan kadar pasarannya kepada 15.6 juta pendengar mingguan sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali radio dengan jumlah pendengar tertinggi di dalam negara.

Peningkatan jangkauan pendengar Astro Radio dijayakan dengan 312.6 juta purata penstriman radio digital dan video bulanan, 24.1 juta pengikut di media sosial, dan 103 jut capaian halaman Facebook bulanan.

Jenama Astro Radio terus kukuh di kedudukan No. 1 dari kesemua bahasa: ERA, jenama Melayu No.1; HITZ, jenama Inggeris No. 1; MY, jenama Cina No. 1; dan RAAGA, jenama Tamil No. 1.

astro radio meningkatkan jangkauan pendengar kepada 15.6 juta

  • ERA terus mencapai jangkauan mingguan tertinggi Malaysia dalam kalangan pendengar muda Melayu berusia antara 10 hingga 29 tahun, dengan 2.9 juta pendengar.
  • SINAR, kekal menjadi jenama kedua tertinggi Malaysia yang banyak didengari, dengan 4.6 juta pendengar mingguan.
  • GEGAR, jenama radio No. 1 di Pantai Timur yang mencapai 2.3 juta pendengar mingguan.
  • Dengan peningkatan 2.6 juta pendengar mingguan, HITZ juga mencapai ‘Pendengar Eksklusif’ tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 328,000 pendengar, jumlah Segmen Pagi tertinggi untuk jenama-jenama Inggeris dengan 1.2 juta pendengar, dan merupakan Segmen Petang tertinggi dalam jenama radio Inggeris dengan 1.3 juta pendengar.
  • MIX mencatatkan peningkatan kepada 1.2 juta pendengar mingguan, dengan Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing meningkat kepada 519,000 pendengar dan 584,000 pendengar, yang menandakan peningkatan hampir 115,000 (Pagi) dan 150,000 (Petang).
  • LITE menyaksikan peningkatan untuk pendengar mingguannya kepada 937,000 dengan Segmen Petangnya kini mencecah 432,000 pendengar dan peningkatan untuk ‘Pendengar Eksklusif’ kepada 108,000 pendengar.
  • Jumlah pendengar mingguan di MY semakin meningkat dari 300,000 kepada 2.5 juta, sementara Segmen Pagi dan Petang mencapai kadar pendengar tertinggi untuk jenama Cina dengan 1.6 juta untuk setiap segmen.
  • RAAGA meningkatkan pendengar mingguannya kepada 1.5 juta. Peningkatan ini juga berdasarkan Segmen Pagi tertinggi kepada 1 juta pendengar, dan peningkatan Segmen Petang kepada 936,000 pendengar. RAAGA juga mencatatkan kenaikan ‘Pendengar Eksklusif’ dari 43,000 kepada 622,000.

Kajian dilakukan selama 6 minggu dengan gabungan diari radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) yang diedarkan kepada 6,000 individu unik di seluruh Semenanjung Malaysia untuk memahami tabiat mendengar mereka.

20 jenama radio komersial mengikuti kajian dan Astro Radio memperoleh 6 kedudukan dari 10 kedudukan jenama teratas.