Astro Radio Luaskan Inisiatif ‘Kamicare Helpline’, Sumbangan Boleh Dibuat Hari Ini

Astro Radio dengan kerjasama Lotus’s Malaysia mempeluas KamiCare Helpline untuk menyediakan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu tepung, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, biskut, lampin pakai buang dan lebih lagi kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, dari sekarang hingga 8 Ogos 2021.

 

Semua rakyat Malaysia boleh menyumbang kepada inisiatif KamiCare Kita Jaga Kita bersama Lotus’s Malaysia dengan membeli barangan keperluan harian dari mana-mana pasar raya Lotus’s Malaysia di seluruh negara, dan boleh disumbangkan di Charity Food Bins, yang disediakan di semua cawangan Lotus’s Malaysia. Sumbangan ini akan diedarkan oleh Lotus’s Malaysia, Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Lost Food Project untuk keluarga yang memerlukan.

 

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, "Kami menerima sambutan luar biasa melalui fasa pertama KamiCare Helpline dan kini kempen ini diperluaskan untuk menerima sumbangan dari semua rakyat Malaysia. Melalui inisiatif KamiCare Kita Jaga Kita bersama Lotus’s Malaysia, kami berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan. "

 

Sebagai alternatif, rakyat Malaysia juga boleh memilih untuk menyumbang melalui dua pilihan ‘Kotak Prihatin’, iaitu kotak yang mengandungi barangan keperluan seperti beras, tepung, gula, garam, minyak masak, makanan dalam tin, mi segera, biskut, topeng muka pakai buang dan lebih lagi. Rakyat Malaysia boleh memilih untuk menyumbangkan kotak yang mengandungi 12 barangan keperluan pada harga RM50, atau kotak yang mengandungi 22 barangan keperluan pada harga RM100. Pesanan untuk ‘Kotak Prihatin’ boleh dibuat melalui talian WhatsApp di +6010 405 1513.

astro radio luaskan inisiatif ‘kamicare helpline’, sumbangan boleh dibuat hari ini

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi jenama-jenama Astro Radio: HITZ, MIX, LITE, ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA.