Astro Originals Tampil Kisah “Female Con Artist” Pertama Malaysia Menerusi ‘Dukun Diva'

Astro terus konsisten dalam menampilkan drama-drama premium terbaik menerusi jenama Astro Originals dan lebih uniknya, penonton dapat menikmati konten yang berbeza dari sudut genre, olahan jalan cerita yang diinspirasikan dari pendedahan isu-isu sebenar yang sememangnya berlaku di Malaysia, dan yang paling utama, dibawakan kepada penonton dengan kualiti terhebat setanding naskhah filem di layar-layar perak.

astro originals tampil kisah “female con artist” pertama malaysia menerusi ‘dukun diva'

Demi memastikan penonton berterusan disajikan dengan kandungan yang berkualiti, jenama Astro Originals kini bakal mempersembahkan DUKUN DIVA, sebuah drama tempatan pertama yang mengangkat kisah ‘female con artist’ dan ‘anti-heroes’. Sekali lagi, rantaian siri di bawah jenama Astro Originals tampil dengan seribu kelainan apabila Dukun Diva ini hadir sarat dengan elemen drama, komedi, saspens, aksi dan penyiasatan. Ia bakal menemui penonton mulai 6 Disember setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra saluran 108.

astro originals tampil kisah “female con artist” pertama malaysia menerusi ‘dukun diva'

Antara kekuatan lain adalah apabila watak utama diterajui golongan wanita yang berdepan dengan cabaran kehidupan, lebih-lebih lagi di bandar pada masa kini. Pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang memang tidak disangkal lagi kekuatannya dalam bidang lakonan membawakan watak Che Yah iaitu seorang artis ‘tak menjadi’ di era 90an, menggunakan bakatnya dengan menyamar menjadi dukun. Sementara itu, watak Lola digerakkan dengan baik oleh pelakon muda, Eyka Farhana, iaitu anak saudara kepada Che Ya yang bermasalah dan turut bersubahat menjadi dukun. Kedua-dua watak ini mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang atas rujukan media sosial buat seorang jutawan kosmetik terkenal, Dato’ DD lakonan Emelda Rosemila.

astro originals tampil kisah “female con artist” pertama malaysia menerusi ‘dukun diva'

Selain itu, Dukun Diva turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti Tony Eusoff yang dilihat pertama kali membawa watak suami takut isteri serta ‘scammer’ dalam urusan jual beli tanah; kemudian pelakon baru berbakat besar Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena, Kahoe Hon sebagai Daniel, serta pelakon handal Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq dan Aloy Paradoks sebagai Sarjan  Anep yang merupakan kesinambungan watak daripada filem pecah panggung 2019, Pusaka. Drama premium bersiri ini turut dihiasi dengan penampilan istimewa, antaranya pelakon terkenal daripada pelbagai latar seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.

astro originals tampil kisah “female con artist” pertama malaysia menerusi ‘dukun diva'

Dukun Diva telah mendapat sentuhan kreatif oleh pengarah muda yang namanya semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Shiba Shiba Doo, Cerai dan Rompak Raya, Ariff Zulkarnain. Sentuhannya juga terkenal dengan membawa

impak visual yang segar di dalam hasil karyanya. Sebelum ini Ariff merupakan Penolong Pengarah untuk filem Sangkar. Dukun Diva bukan sahaja menonjolkan kualiti produksi dan sinematografi memukau, tetapi turut dilengkapkan dengan jalan cerita yang segar. Drama siri

8 episod ini merupakan idea asal oleh pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015, Alfie Palermo.

astro originals tampil kisah “female con artist” pertama malaysia menerusi ‘dukun diva'

Sinopsis:

Dukun Diva mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah

gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital

memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah.

Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.

Episod pertama Dukun Diva akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro

Ria pada jam 9.00mlm, 6 Disember ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan

siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.