Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung

ashraf sinclair meninggal dunia kerana serangan jantung

Pelakon kelahiran Malaysia yang kini menetap di Indonesia, Ashraf Sinclair telah disahkan meninggal dunia pada pagi tadi. Perkara tersebut disahkan oleh pengurus isterinya melalui aplikasi Whatsapp kepada portal berita Kompas.com

Ashraf yang juga suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung. Dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital di Jakarta ketika usianya 40 tahun.

Ashraf Sinclair dilahirkan di London pada 18 September 1979. Beliau tela bernikah dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah Sinclair. Selepas bernikah dengan BCL, Ashraf telah menetap di Indonesia dan aktif berlakon di sana.

Salam takziah daripada kami buat seluruh keluarga Ashraf Sinclair. Al-Fatihah!

Sumber: kompas.com