Arnab Terpanjang Di Dunia Dicuri

Seorang pemilik arnab jenis gergasi benua bersedih hati apabila haiwan peliharaannya sepanjang empat kaki itu dicuri dari kandangnya.

arnab terpanjang di dunia dicuri

Darius, seekor arnab gergasi benua dipercayai hilang dari kediamannya di Stoulton, Worcestershire pada malam Sabtu lalu.

Menyifatkan hari tersebut sebagai sesuatu yang sangat menyedihkan, pemilik Darius iaitu Annette Edwards menawarkan hadiah sebanyak £ 1,000 iaitu kira-kira RM5677 kepada mereka yang memulangkannya.

Tambah Edwards lagi, Darius sudah terlalu tua untuk berkembang biak sekarang dan berharap agar ia selamat kembali.

Dengan panjang berukuran 129 cm (4 kaki 2 inci), Darius dinobatkan sebagai arnab terpanjang di dunia pada April 2010 oleh Guinness World Records.

 

Sumber: [1]