Arab Saudi Bina Hospital Unta Terbesar Di Dunia

arab saudi bina hospital unta terbesar di dunia

Arab Saudi antara negara terkaya di dunia. Khazanah seperti minyak membuatkan negara itu sentiasa kukuh dari segi ekonomi.

Jadi, tak kisalah kalau fasiliti yang disediakan sangat berprestasi tinggi. Terbaru, mereka telah membina hospital untuk unta dan terbesar di dunia.

Berdasarkan laporan Saudi Press Agency (SPA), hospital tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan untuk diagnos dan mengkaji penyakit berkaitan unta.

Menurut laporan berita Saudi Press Agency (SPA) pada 8 Julai lalu, hospital Kumpulan Veterinar Salam akan merawat haiwan itu dan ia akan dilengkapi dengan kemudahan untuk diagnos pelbagai penyakit berkaitan dengan unta.

Hospital ini bernilai SR100 Juta atau lebih kurang (RM114 Juta). Bukan sekadar memeriksa, hospital itu juga akan menempatkan ubat-ubatan buat unta.

Sumber: Sinar Harian