Korang! Sekarang ni ada satu benda best dekat aplikasi SYOK iaitu Zon Solat dan Arah Kiblat.
Yang menariknya, aplikasi ni akan memberikan waktu solat dekat mana korang berada. Selain tu, waktu solat ni juga akan memberitahu masa untuk solat seterusnya.
Apa yang lagi best, korang akan dapat notifikasi setiap kali masuknya waktu solat. Mudahkan! Jadi, lepas ni boleh lah korang gunakan aplikasi SYOK sebagai teman ibadah korang.
Kalau masih belum ada aplikasi SYOK, dapatkan sekarang secara percuma di Play Store dan App Store.
Ni, macam mana korang nak set-up waktu solat mengikut tempat.
1. Update aplikasi SYOK korang dan kemudian akan keluar pop-up box macam ni. Kemudian, korang tekanlah button ‘AKTIFKAN ZON SOLAT!”
2. Pada bahagian atas aplikasi ni ada ikon seperti masjid. Jadi, korang tekan je ikon tu.
3. Kemudian, korang kena benarkan aplikasi ni mengakses lokasi korang. Kalau tak macam mana aplikasi ni nak detect lokasi korang, ye dak?
4. Tadaa! Secara automatiknya, aplikasi SYOK akan terus memberi waktu solat mengikut tempat korang.
5. Kalau nak cek arah kibat, tekan je anak panah yang berwarna hijau dan keluar lah macam ni.