Pernah tak korang terfikir apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak tidur seharian?
Korang perasan tak kalau seseorang tu tak tidur, dia akan menjadi aktif?
Sebenarnya, kalau kita tak tidur seharian otak akan menghasilkan banyak hormone dopamine di mana hormone ini lah yang membuatkan korang rasa lebih aktif. Walaupun begitu, rasa aktif tersebut hanya berfungsi untuk seketika sahaja.
Tapi, kesan buruk yang korang akan terima adalah bahagian otak akan terganggu serta lemah. Apa yang memudaratkan adalah korang tak boleh nak berfikir panjang serta tak boleh melakukan sesuatu dengan tepat.
Rentetan kepada kekurangan tidur juga, kadar glukosa atau gula dalam badan korang tidak akan seimbang. Sebab itu lah korang akan lesu dan menjadi pucat. Aktiviti tidak sihat ini juga boleh membuatkan korang mudah jatuh sakit kerana sistem imun di dalam badan semakin berkurang dan lemah.
Kalau korang selalu kekurangan tidur, perkara ini boleh menyebabkan emosi terganggu dan menyebabkan memori koran terjejas.
Nampak tak betapa pentingnya tidur ni. Orang dewasa perlu tidur di antara enam ke lapan jam sehari untuk mendapatkan tidur yang cukup.
Sumber: Astro Awani