Apa Perlu Buat Kalau Hidung Berdarah Tiba-Tiba?

apa perlu buat kalau hidung berdarah tiba-tiba?

Ingat tak masa kecil kecil dulu selalu hidung berdarah secara tiba-tiba? Hidung berdarah (nose bleed) atau dikenali sebagai epistaksis yang biasa berlaku adalah akibat salur darah kecil kapilari di rangga hidung pecah. Jangan risau kerana benda ni bukan serious, puncanya adalah udara yang mungkin terlampau sejuk dan panas. Terlalu kerap bersin dan menghembus hidung dengan kuat boleh menjadi punca hidung berdarah juga.

Jangan risau dan jangan panic ye guys, ini yang korang perlu lakukan kalau hidung berdarah:

  1. Duduk dan tunduk ke hadapan.
  2. Kemudian bernafas melalui hidung dan picit hidung di bahagian yang keras (tulang hidung) selama 10 minit. Ini adalah untuk menghentikan pendarahan.
  3. Teruskan memicit hidung dan letakkan ais yang dibalut dengan towel’ dan letak dibahagian hidung antara mata.
  4. Selepas 10 minit, periksa darah masih mengalir keluar ataupun tidak. Kalau masih boleh continue picit hidung.
  5. Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung.
  6. Kalau masih elok, boleh ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Hidung berdarah memang menjengkelkan tetapi ia adalah normal. So korang jangan risau, ikut cara itu insya Allah elok. Selamat mencuba guys!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin