Anugerah MeleTOP ERA: Yang Epik, Yang Legend

anugerah meletop era: yang epik, yang legend

Whoa! Anugerah MeleTOP ERA (AME) kembali lagi. Tahun ni, AME akan membawa tema Yang Epik, Yang Legend. Bakal berlangsung pada 21 April ini jam 9 malam, korang bakal menyaksikan tiga hos paling epic iaitu Nabil ahmad, Jihan Muse dan Alif Satar.

Bukan tu je, malam kemuncak nanti korang semua akan menyaksikan persembahan eksklusif daripada selebriti popular seperti Naqiu, Ernie Zakri, Floor88, K-Clique, Haqiem Rusli dan ramai lagi. Uish, memang mantap-mantap lah persemban kali ini.

Untuk tahu ini, AME mempertandingankan 15 kategori dan dua kategori baru. Tahun ini juga terdapat dua pencalonan kategori yang menggabungkan AME dan SYOK iaitu Influencer MeleTOP SYOK dan Artis Versatil MeleTOP SYOK.

Sesi pengundian untuk fasa satu telah pun bermula. Top 5 pun sudah diketahui. So sekarang ni fasa kedua dah pun bermula. Kalau korang nak menang, pastikan korang undi selebriti kegemaran korang di platform SYOK dan platform yang lain-lain juga.

Korang boleh download aplikasi SYOK secara percuma melalui App Store dan Play Store sekarang. Btw, eksklusifnya tahun ni, kitorang ada develop filter Instagram AME X SYOK. Korang boleh pergi dekat Instagram SYOK dan cuba filter tersebut dan lihat kategori apa yang korang layak! Jangan lupa untuk tag kitorang.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anugerah MeleTOP ERA 2020 #YangEpikYangLegend #MeleTOP #AME2020

A post shared by SYOK (@syok) on