Antara Jendela Perpindahan Paling ‘Gila’ !

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Tamat sudah jendela perpindahan bola sepak Eropah. Macam mana dengan pasukan korang? Berjaya dapatkan pemain berkualiti atau langsung tak buat sebarang pembelian macam Liverpool? Ok, jom kita tengok antara perpindahan nama-nama besar bola sepak dunia kali ini. Media Eropah melabel jendela perpindahan kali ini antara yang paling sibuk dan paling ‘gila’!

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Cristiano Ronaldo

 Tak logik kalau kita tak cerita sikit tentang Cristiano Ronaldo. Superstar bola sepak dunia ini buat kejutan apabila menyertai semula kelab lamanya, Manchester United. United membayar lebih 12 juta pound untuk dapatkan khidmat Ronaldo daripada Juventus. Kalau korang tak tahu yang Ronaldo pernah beraksi dengan Juve, maknanya korang terlalu muda di muka bumi ini. Manchester United turut mendapatkan khidmat 2 lagi pemain iaitu Jadon Sancho dan Raphael Varane. Boleh tahan kan United shopping kali ni?

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Romelu Lukaku

 Selain Ronaldo yang sertai semula kelab lamanya, Romelu Lukaku juga mengambil keputusan sama apabila berhijrah ke Chelsea daripada Inter. Penyerang itu pernah menyarung jersi The Blues antara 2011 hingga 2014 namun dipinjamkan ke West Brom dan Everton untuk 2 musim. Selepas itu, Lukaku berhijrah ke Everton secara tetap selain menyarung jersi Manchester United dan Inter. Penyerang prolifik ini akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke Stamford Bridge dan telah menjaringkan gol pada aksi pertamanya.

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Lionel Messi

 Ramai yang tak sangka salah seorang pemain terbaik dunia ni akan tinggalkan Barcelona – pasukan yang dia sertai sejak berusia 13 tahun. Selepas 21 tahun, Messi terpaksa tinggalkan Barca kerana pasukan tersebut perlu mematuhi peraturan kewangan La Liga. Jadi, Messi pun sertai PSG secara percuma. Ye, PERCUMA! Selain Messi, PSG juga berjaya dapatkan beberapa nama besar lain seperti Sergio Ramos, Georginio Wijnaldum, Gianluigi Donnarumma dan Achraf Hakimi. Rasanya PSG menang besar pada jendela perpindahan kali ini kerana hanya perlu bayar 60 juta euro untuk Hakimi manakala pemain lain semuanya diperoleh secara percuma.

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Antoine Griezmann

 Griezmann juga mengikut jejak langkah Messi apabila meninggalkan Barca. Pemenang Piala Dunia 2018 ini juga turut mengekalkan tema kembali ke kelab lamanya apabila menyertai Atletico Madrid secara pinjaman. Pada 2019, Barca membayar 120 juta euro untuk dapatkan khidmat penyerang ini daripada Atletico Madrid. Namun, Griezmann gagal pamer prestasi terbaiknya ketika bersama Barca. Musim ini, dia akan mergandingan dengan Luis Suarez – rakan sepasukannya di Barca sebelum ini.

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Sergio Aguero & Memphis Depay

 Masih dengan Barca, mereka mendapatkan 2 pemain baru musim ini iaitu Sergio Aguero dan Memphis Depay. Aguero sertai Barcelona secara percuma selepas kontraknya bersama Manchester City tidak disambung. Punca Aguero sertai Barca ialah dia ingin beraksi bersama Messi. Hmm. Inilah namanya kehidupan wahai Aguero, tak semua benda yang kita inginkan akan kita dapat dalam dunia ni. Bak kata pepatah, tak dapat rotan akar kayu pun jadi lah. Tak dapat Messi, Depay pun jadi lah. Oh, kedua-dua pemain ini diperoleh secara percuma oleh Barca.

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

Jack Grealish

 Manchester City menggantikan pemergian Sergio Aguero dengan mendapatkan Jack Grealish daripada Aston Villa. Juara bertahan EPL itu membelanjakan 100 juta pound untuk dapatkan Grealish. Mampukah Grealish mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aguero? Grealish ni bukan penyerang tulen dan City perlukan penyerang. Mungkin mereka memang ingin dapatkan Harry Kane tapi tak berjaya kot.

antara jendela perpindahan paling ‘gila’ !

David Alaba

 Selepas memenangi semua piala peringkat kelab bersama Bayern Munich, David Alaba inginkan cabaran baru. Lalu dia mengambil keputusan untuk sertai Real Madrid. Perpindahan Alaba ini juga adalah percuma kerana kontraknya telah tamat bersama Bayern. Alaba dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Varane dan Ramos di benteng pertahanan Real. Mampu atau tidak dia menggalas tugas tersetut, sama-sama kita tengok musim ni.

 

Ini antara nama-nama besar bola sepak yang berhijrah pada jendela perpindahan kali ini. Kebanyakan mereka berhijrah secara percuma. Mungkin sebab itu jendela perpindahan kali ini dilabel sebagai antara paling gila.

 

Oleh: Karami Kamel