Angkat Kaki Ke Dinding Selama 20 Minit Setiap Hari Boleh Cegah Banyak Masalah

angkat kaki ke dinding selama 20 minit setiap hari boleh cegah banyak masalah

Lepas dah balik dari kerja mesti rasa penat nak senaman kan? Susah juga nak curi masa untuk bersenam sebenarnya.

Tapi, kalau tak buat langsung mendapat pula masalah-masalah lain seperti stress, susah nak tidur dan macam-macam lagi.

Kalau korang ada masalah tersebut, cuba senaman ringkas dengan mengangkat kaki ke dindin selama 20 minit sehari. Banyak kebaikan yang korang akan dapat dengan melakukan senaman seringkas itu.

Berdasarkan medicalwale.com, senaman itu dapat memperbaiki edaran darah dalam badan. Ini kerana, apabila tubuh berada dalam keadaan sedemikian jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat.

Bukan itu sahaja, senaman ini juga dapat menambah baik sistem pencernaan. Tatkala korang mengangkat kaki ke atas, ia akan memberi regangan pada otot untuk melakukan pencernaan. So kalau ada masalah nak cerna makaan, cuba korang senaman ni.

Selain itu, dengan cara ini juga ia dapat merehatkan sistem saraf. Cara ini akan membuatkan kaki korang rehat dan menyedut lebih banyak udara.  Tisu kaki akan menerima lebih banyak oxygen dan akan mengurangkan tekanan pada otot kaki. Jadi, kalau ada masalah lenguh-lenguh kaki elok sangat lah buat senaman ni.

Sumber: Medicalwalve Youtube