Andy Shinhwa Umum Akan Kahwin Tidak Lama Lagi

Anggota kumpulan veteran K-Pop, Andy Shinhwa dilaporkan bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi!

andy shinhwa umum akan kahwin tidak lama lagi

Menerusi satu entri di Instagram yang dimuat naik pada 19 Januari lalu, Andy berkongsi surat tulisan tangan untuk mengumumkan perkahwinannya itu.

Coretnya:

“Kepada Shinhwa Changjo (gelaran peminat Shinhwa). Helo, ini Andy Shinhwa. 2022 adalah tahun ke-24 sejak Shinhwa bertemu Shinhwa Changjo. Selama bertahun-tahun berlalu, banyak perkara telah berlaku, tetapi kasih sayang dan sokongan yang tidak terhingga yang telah anda berikan kepada saya menjadikan saya seperti sekarang. Saya dengan ikhlas mengucapkan terima kasih.

“Hari ini, saya ingin memberitahu anda berita ini terlebih dahulu. Saya telah menemui seseorang yang saya mahu menghabiskan sepanjang hidup bersama. Dia seorang yang membuat saya ketawa dalam masa sukar dan sangat mengambil berat tentang saya. Sekarang, daripada tinggal bersendirian, saya akan tinggal bersamanya. Tolong berkati permulaan baru saya dan sambut kami dengan baik. Saya akan terus menunjukkan sisi saya yang lebih baik sebagai Andy Shinhwa.”

Andy merupakan ahli ketiga Shinhwa yang bakal meninggalkan zaman bujangnya.

Terdahulu, Eric melangsungkan perkahwinannnya pada 2017 sementara Junjin pula pada 2020.

 

Sumber: [1]