Tak Lama Lagi, Anda Boleh Sorok Komen-Komen Negatif di Instagram

Menurut CNN, Instagram mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan satu ciri baru untuk anti-buli yang dipanggil "restrict”. Difahamkan, ianya telah diuji sejak Julai lalu.

Dengan “restrict", komen negatif yang ditinggalkan hanya dapat dilihat oleh pemilik komen tersebut sahaja, bukan orang yang lain.

tak lama lagi, anda boleh sorok komen-komen negatif di instagram

Dengan “restrict” juga, si pembuli tidak akan dapat tahu sama ada pemilik akaun tersebut aktif di Instagram ataupun tidak.

Malah, mereka juga tidak akan tahu sama mesej yang telah dihantar kepada pemilik akaun menerusi direct message dah dibaca ataupun tidak.

Lebih menarik, anda kini boleh menentukan sama ada komen pengguna “restrict” boleh dipaparkan dengan cara meluluskan komen yang ditinggalkan terlebih dahulu.

Menyekat akaun atau unfollow si kaki buli bukanlah satu penyelesaian terhadap isu ini kerana tindakan ini tidak dapat mengawal tingkah laku pembuli. Mungkin dengan adanya fungsi “restrict” ini ia dapat membantu mengurangkan kes buli siber.

Menurut kajian 2018 dari Pew, 59% remaja AS telah dibuli atau diganggu dalam talian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CNN (@cnn) on