Anak Tengah Online Class Tapi Bapa Pula Menari Dekat Belakang

anak tengah online class tapi bapa pula menari dekat belakang

Sedang si anak tengah menjalankan kelas online, tiba-tiba si bapa muncul dari belakang dan mula menari. Lelaki itu tak tahu pun bahawa video tersebut akan dihantar kepada guru anaknya. DIsangkakannya si anak sedang merakam video untuk diri sendiri.

Menurut Jennifer Jones, suaminya itu langsung tak tahu akan perkara itu. Malah, dia hanya mengetahui selepas anak perempuannya Delaney memuat naik rakaman video itu untuk penilaian gurunya.

 “Daddy sangkakan dia sedang merakam video tutorial yang sering dilakukan olehnya” Tulis Jeniffer melalui akaun Facebooknya.

Isaac menari mengikut rentak lagu yang bermain dalam ruang dapur rumahnya. Tapi apa yang lebih mencuit hati apabila anaknya seolah-olah tidak perasan akan aksi bapanya. Tidak berapa lama kemudian, si ayah turut melakukan stunt bersama anaknya yang lain!

Weh, comelnya!

1

Sumber: PEOPLE Good Morning America