Anak Shah Rukh Khan Dicekup Kerana Dadah, Permohanan Jaminan Ditolak & Dibawa Ke Penjara

Permohonan jaminan ke atas anak pelakon Bollywood masyhur, Shah Rukh Khan melibatkan kes penyalahgunaan dadah ditolak Mahkamah Mumbai hujung minggu lalu.

anak shah rukh khan dicekup kerana dadah, permohanan jaminan ditolak & dibawa ke penjara

Aryan Khan, 23, ditahan bawah perintah penjagaan mahkamah dan dihantar ke Penjara Arthur di bandar tersebut atas tujuan soal siasat.

Difahamkan bahawa Ketua Majistret Metropolitan, R M Nerlikar menolak permohonan tersebut kerana dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut.

Lanjutnya, hanya mahkamah khas yang boleh mendengar dan meluluskan permohonan itu.

Aryan, bersama tujuh yang lain termasuk wanita ditahan Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

Dalam serbuan terus, turut ditahan ialah dua rakan Aryannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Memetik The Times of India, NCB merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Selasa lalu, anak pelakon Bollywood masyhur itu ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah.

Di sini SYOK ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan supaya jauhilah diri kita semua daripada dadah. Kerana di penghujung hari, ia sememangnya merupakan sesuatu yang membinasakan.

 

Sumber: [1]