Anak Gajah Cuba Menyorok Belakang Tiang Selepas Ditangkap Makan Tebu

anak gajah cuba menyorok belakang tiang selepas ditangkap makan tebu

Baru-baru ini satu gambar telah tersebar akan anak gajah cuba bersembunyi di belakang sebatang tiang selepas ditangkap memakan tebu. Menurut laporan, kejadian ini berlaku di Chiang Mai, Thailand.

Alkisahnya terjadi apabila penduduk kampung telah menangkap sekawan gajah sedang makan tebu. Mungkin nak menyelamatkan diri, anak gajah ni cuba untuk berselindung di sebalik sebatang tiang lampu elektrik.

Mungkin anak gajah tu ingat orang tak akan nampak kalau dia berdiri di belakang tiang. Gambar tersebut telah mencuit hati netizen. Pada waktu kejadian, dua penduduk kampung sedang menyuluh anak gajah terbabit dengan lampu suluh.

Comelnya!

Sumber: The Notion Thailand