Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada melibatkan lapan negeri hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mereka, hujan berterusan itu berada pada peringkat bahaya atau merah di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.
Sementara itu, keadaan hujan berterusan peringkat buruk atau jingga pula dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan termasuk Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).
Ini termasuk di Pahang yang merangkumi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Pekan.
Selain itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada atau kuning pula dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).
MetMalaysia turut menjelaskan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda perairan pantai barat dan timur Sabah serta Laut China Selatan.
Sumber: [1]