Aliff Aziz Terkelu Dinobat Juara GV8

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

aliff aziz terkelu dinobat juara gv8

Aliff bagaimanapun, ternyata tidak menyangkakan kemenangan itu langsung.

Namun, dia bersyukur dengan aturan tuhan selepas 10 minggu bergiat dalam pertandingan itu.

“Semua orang sudah buat terbaik, saya sangat gembira. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah susun jalan ini untuk Aliff,” katanya.

Tambahnya, dia seperti hilang kata-kata sebaik keputusan juara diumumkan.

“Bukan Aliff nak kata saya hebat ke tak, if Allah nak pilih orang lain boleh saja. Ramai lebih hebat.

“Alif hanya buat terbaik, mungkin rezeki saya hari ini lebih sikit, Wallahu a’lam.

“Alif tak sangka, saya hilang kata-kata.”

Malam tadi, Aliff, 31 mengalahkan lima peserta lain dengan persembahan lagu “Sampai Syurga” dan duet “Dealova” bersama Hafiz Suip.

Bagi segmen battle pula, Aliff berentap bersama Aweera dengan menyampaikan lagu “Bangun” oleh Aman Ra.

Kemenangan tersebut melayakkan Aliff membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 serta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Nikki Palikat dinobatkan sebagai naib juara dengan hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 dan Suki Low di tempat ketiga dengan RM30,000.

 

Sumber: [1]