Aktres Jelita Bollywood Katrina Kaif Positif COVID-19

Pelakon ternama Bollywood, Katrina Kaif disahkan positif COVID-19.

aktres jelita bollywood katrina kaif positif covid19

Berikutan itu, Katrina difahamkan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dalam pada itu, Katrina turut berkongsi mengenai perkembangan berkenaannya setelah disahkan dijangkiti virus tersebut.

Tulisnya dalam satu entri di media sosial pada Selasa lalu, “Saya mengikuti semua protokol keselamatan di bawah nasihat doktor saya. Minta semua kontak saya untuk segera menjalani saringan COVID-19.”

Terdahulu, beberapa bintang Bollywood lain turut dijangkiti virus tersebut termasuklah aktres popular Alia Bhatt, Aamir Khan, Akshay Kumar dan Ranbir Kapoor.

India kini menjadi negara ketiga yang mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di dunia didahului Amerika Syarikat dan Brazil.

 

Sumber: [1]