Akibat Bunga Api, Majlis Perkahwinan Jadi Terbakar

Siapa nak sangka, pertunjukan bunga api di majlis perkahwinan pasangan pengantin baru ini bakal berakhir dengan bencana sehingga menyebabkan majlis perkahwinan mereka terbakar dan tetamu bersurai.

gara-gara bunga api, majlis perkahwinan jadi terbakar

Menerusi satu video viral di TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @/pestamoi, kelihatan sebuah majlis perkahwinan yang berjalan lancar namun terbakar sebaik sahaja bunga api dinyalakan.

Coret akaun tersebut pada video itu, “Cepat lari! Hanya 1 minit sebelum bilik ini terbakar menjadi besar.”

Beberapa saat sebelum kebakaran seperti yang dilihat dalam video, pasangan pengantin baru itu masih menari dengan romantis.

Tidak ketinggalan, para tetamu jemputan juga sedang menjamah makanan yang disediakan.

“Lihat, pasangan pengantin masih menari dan beberapa tetamu jemputan terkejut tetapi tidak ada yang berlari. Ini berlaku dengan pantas, video tidak sampai seminit dan api semakin membesar,” kata pemuat naik video itu.

“Saya kesian sangat dengan yang kahwin itu. Memang trauma, saya 100% yakin. Dulu saya pernah katering kahwin lewat, sampai sekarang saya masih meragam,” komen salah seorang pengguna di platform itu.

“Orang yang mempunyai idea untuk meletakkan bunga api di dalam dewan itu adalah salah kerana menyalakan bunga api di dalam dewan adalah terlalu berisiko,” tulis pengguna lain pula.

 

@pestamoi

Cepetan lari ! ##dekorasilamaran ##dekorasiakad ##Lazada1212Meriah##SultanCadburyHazelnut

♬ suara asli - lolipopdisemutin

 

 

Sumber: [1]