Memang seronok bila tengok tanaman kita sihat, segar bugar dan berimbun. Penat Lelah, masa dan tenaga menjadi sangat berbaloi, sejuk je mata memandang. Walaubagaimanapun ia bukan la sesuatu yang mudah, dalam penjagaan pokok banyak faktor yang perlu diambil berat seperti serangga perosak. Masalah serangga perosak adalah masalah utama tumbuh tumbuhan yang kita perlu hada. Lebih menyakitkan hati apabila pokok mula segar dan gemuk tiba-tiba serangga perosak yang singgah dulu.
Bayam brazil merupakan sejenis pokok yang mempunyai banyak khasiat dan sangat mudah untuk dijaga dengan hanya tanam di halaman rumah sahaja. Tetapi sangat mudah juga untuk diserang akan ulat dan serangga perosak yang lain. Jangan risau guys, ada caranya untuk mengatasi masalah ini, jom ikut petua ini!
Rebus satu sudu kecil bunga cengkih bersama 1 liter air sehingga mendidih. Kemudian, sejukkan sebentar dan tapis. Siap! Haaa mudah je kan? Korang boleh sembur pada daun daun bayam brazil 2 ke 3 kali seminggu. Tapi kalau sembur hari-hari lagi bagus. Cara ini adalah untuk mengelakkan daun baru diamakan ulat.
Dikatakan air rebusan bunga cengkih ini bukan saja untuk mengusir ulat tetapi juga membolehkan pokok tumbuh berimbun. Semoga tips ini membantu dan selamat mencuba!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita