Ahli Bomba Di Jepun Dihukum Kerana Cari Duit Lebih Di Youtube

Akibat ‘kantoi’ kerana menjalankan kerjaya sampingan sebagai seorang YouTuber, seorang anggota bomba di Jepun dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

ahli bomba di jepun dihukum kerana cari duit lebih di youtube

Lelaki berusia 33 tahun yang menjalankan saluran sebagai seorang ‘gaming YouTuber’ dikenal pasti suaranya menerusi satu video yang meraih begitu banyak perhatian, walaupun tidak pernah menunjukkan mukanya dalam mana-mana video.

Akibat daripada itu, gajinya dipotong sebagai hukuman kerana melanggar undang-undang yang menghadkan penglibatan pekerja awam dalam aktiviti komersial.

Dalam tempoh 10 bulan terakhir, dia dikatakan telah memuat naik lebih dari 300 video yang pada kebiasaannya menunjukkan dia bermain permainan strategi berbilang pemain, dan memperoleh kira kira 1.15 juta yen (RM41.690) menerusi hasil pengiklanan.

“Kami tidak semestinya fikir ia adalah perkara yang buruk bahawa dia adalah seorang YouTuber,” kata pegawai bandar Hidetaka Amano.

“Tetapi hakikatnya dia mendapat keuntungan daripada iklan, beberapa daripadanya mungkin tidak sesuai sifatnya,” tambahnya.

Tindakannya, kata Amano, telah mengkhianati kepercayaan penduduk di Wakayama, Jepun.

 

Sumber: [1]