Pembina badan Kanada, Greg Doucette mencetuskan kontroversi melibatkan bintang Running Man apabila dia memuat naik sebuah video di YouTube yang mempersoalkan mengenai keaslian tubuh tegap penyanyi Korea itu.
Dalam videonya, Doucette menggelar tubuh tegap Kim Jong Kook yang berusia 45 tahun itu sebagai tidak asli dan menimbulkan syak wasangka dengan menuduhnya menyalahgunakan steroid.
Memetik laporan Allkpop, Doucette mengatakan bahawa Kim Jong Kook disyaki menggunakan doping untuk fizikalnya.
Berita tersebut kemudian membuatkan penyanyi dan ahli program realiti Running Man itu segera menafikannya dengan mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram peribadinya.
Sebagai tindak balas kepada kontroversi dan spekulasi yang mengaitkannya itu, Kim Jong Kook tampil berani menjalankan ujian doping dan mengambil keputusan untuk menjalankan ratusan ujian doping.
“Saya akan mengambil 391 ujian doping berdasarkan 2022 WADA (Agensi Anti-Doping Dunia),” jelas Jong Kook di saluran YouTubenya.
“Ia akan mengambil banyak masa dan wang, tetapi saya pasti, saya akan membuktikan bahawa saya tidak menggunakan sebarang hormon,” tambahnya.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membantu saya. Saya menggunakan peluang ini untuk membuktikan saya tidak menggunakan sebarang dadah,” akhirinya.
Sumber: [1]