Ahli Arkeologi Temui Patung Firaun Amenhotep III

Baru-baru ini, kumpulan ahli arkeologi menemui sepasang batu kapur sphinx raksasa ketika menggali kuil Firaun Amenhotep III.

ahli arkeologi temui patung firaun amenhotep iii

Firaun Amenhotep III merupakan pemerintah Mesir kuno kira-kira 3,300 tahun lalu dan juga datuk kepada Firaun Tutankhamun.

Patung-patung tersebut memiliki ukiran firaun tersebut yang mempunyai hiasan kepala berbentuk cerpelai, janggut dan rantai leher.

Pasukan arkeologi Mesir-Jerman yang diketuai Dr Horig Sorosian menemui patung-patung raksasa yang tenggelam di dalam air di bangunan makam yang dikenali sebagai Kuil Berjuta-juta Tahun menurut Kementerian Pelancongan dan Barang Antik Mesir.

Ia terletak di Luxor, Mesir dan terkenal dengan penemuan khazanah Mesir tertua dan paling kuno.

Firaun Amenhotep III memerintah pada abad ke-14 sebelum Masihi di Mesir dan memimpin sebuah kerajaan besar yang terbentang dari Nubia di selatan sehingga Syria di utara; pemerintah Dinasti ke-18 itu diangkat menjadi raja ketika berusia 12 tahun.

Firaun Amenhotep III meninggal dunia pada tahun 1,354 sebelum Masihi dan digantikan oleh anaknya, Firaun Amenhotep IV yang turut dikenali sebagai Firaun Akhenaten.

 

Sumber: [1]