Ahli Arkeologi Temui Lukisan Berusia 10,000 Tahun Di Perlis

Sekumpulan ahli arkeologi tempatan dari Jabatan Warisan Negara berjaya menemui tengkorak dan lukisan kuno berusia sehingga 10,000 tahun di Bukit Keteri dan Gua Semadong, Perlis.

ahli arkeologi temui lukisan berusia 10,000 tahun di perlis

Menerusi perkongsian Jabatan Warisan Negara di Facebook, “Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat di sekitar gua-gua di Perlis, serpihan rangka dan tengkorak yang dijumpai di Bukit Keteri boleh dianggarkan sekitar 10,000 hingga 5,000 tahun lalu.

ahli arkeologi temui lukisan berusia 10,000 tahun di perlis

“Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak penempatan dan pengebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan jumpaan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.

“Kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto-sejarah di mana artifak seperti kalam semah (votive tablet) turut ditemui di kawasan ini,” jelasnya.

ahli arkeologi temui lukisan berusia 10,000 tahun di perlis

Sementara itu, menurut Jabatan Warisan Negara lagi, eksplorasi di Gua Semadong telah menemukan lukisan gua zaman proto sejarah yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan berusia sekitar abad kelima hingga kesepuluh masihi.

 

Sumber: [1]