'Ada Yang Boleh Teka Saya Nak Ke Mana?', Pelakon Indonesia Vanessa Angel Temui Maut Nahas Jalan Raya

Semalam, arena hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon drama Indonesia, Vanessa Angel yang menemui maut bersama suaminya, Bibi Andriansyah akibat nahas jalan raya.

'ada yang boleh teka saya nak ke mana?', pelakon indonesia vanessa angel temui maut nahas jalan raya

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di lebuh raya Jombang, Jawa Timur, Indonesia semalam.

Hanya beberapa jam sebelum pemergiannya, Vanessa dilihat sempat memuat naik entri pada Instagram Story miliknya dengan mencoret pertanyaan yang berbunyi, “Ada sesiapa yang boleh meneka ke mana saya pergi?”

'ada yang boleh teka saya nak ke mana?', pelakon indonesia vanessa angel temui maut nahas jalan raya

Juga memilukan, Allahyarhamah juga sempat meraikan hari lahir adiknya pada malam sebelum.

Menerusi foto yang tersebar, kenderaan yang dinaiki Vanessa dan keluarganya dikatakan mengalami kerosakan dan ditemui berada di bahu jalan lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Jawa Timur PJR Ditlantas AKBP Dwi Sumrahadi mengesahkan pelakon terbabit kemalangan.

“Memang benar, Kanit 3 masih di lokasi,” kata Dwi Sumrahadi.

Menurut Dwi, dua mangsa dilaporkan maut akibat kemalangan itu.

“Dilaporkan dua orang maut,” akhirinya.

 

Sumber: [1]