Setiap negeri ada usaha tersendiri untuk pastikan penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat dapat dicegah.
Kes positif Covid-19 di setiap negeri ada yang tinggi ada yang rendah jadi, pendekatan untuk cegah penyebaran virus tu pun berbeza.
Yang terbaru, ada Pegawai Penjarakan Fizikal dilantik di Kelantan tau!
Rasanya ni kali pertama di Malaysia ada pihak yang dilantik sebagai pegawai penjarakan fizikal kann.
Tugas 10 pegawai yang dilantik ni adalah memastikan SOP sentiasa dipatuhi di tempat kerja.
Kalau kita tengok setiap hari ada je kluster baru di tempat kerja kan, sebab tu lah inisiatif ni perlu dilaksanakan.
Bukan tu je, menjelang bulan Ramadan, pegawai-pegawai ni pun akan ditempatkan di masjid untuk pantau SOP di sana contohnya semasa solat tarawih.
Kerajaan Kelantan bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu, macam semalam hampir 100 kes baru dicatatkan.
Disebabkan peningkatan kes jugak, bazar Ramadan dan program Madinah Ramadan dibatalkan.
Sabar ye orang-orang Kelantan, berkat bulan Ramadan yang bakal tiba, sama-sama kita doakan semoga Covid-19 ni cepat-cepat berakhir, inshaAllah amin.
Jangan lupa, patuh SOP tak kira di mana sahaja korang berada, okay!
Oleh: Izzati Amir