Jambangan bunga selalunya kekal segar dan tahan lama 3 hingga 5 hari bergantung pada jenis bunga. Tapi kalau pandai jaga boleh tahan sehingga 7 hari. Korang mesti pernah dapat jambangan bunga kan? Namun kadang kadang bila kita baru dapat bunga, esok dah mati. Ikut cara ini untuk bunga tahan lama.
- Simpan bunga di tempat bersuhu normal (room temperature). Bunga sangat sensitive pada suhu sekitar, so, kalau anda baru keluarkan bunga dari peti ais pastikan suhu kediaman anda tidak terlalu tinggi.
- Jangan letak bunga di tempat yang bercahaya matahari. Kesegaran bunga akan tergangu dan menyebabkan bunga layu dan seakan nak mati.
- Tangkai bunga perlu dipotong setiap hari supaya bunga tidak menyerap air yang terlalu banyak. Bunga yang disimpan lama menyerap lebih banyak air dan membuatkan proses bunga menjadi layu sangat cepat.
- Kalau ada perubahan seperti warna pada duri, tangkai atau bunga pastikan anda potong bahagian itu. Jika bahagian yang rosak dibiarkan, ia boleh merebak ke seluruh bunga yang lain.
- Anda boleh letakkan kapas yang basah pada hujung batang bunga untuk mengelakkan bunga menyerap air yang banyak.
- Boleh campurkan gula, cuka dan paracetamol dalam larutan untuk mengekalkan kesegaran bunga. Tapi, make sure’ korang gantikan air setiap hari.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: pamapedia