Baru-baru ni tular di media sosial menyatakan pelakon terkenal Bollywood, Aamir Khan telah melakukan derma secara rahsia.
Beberapa laman sosial dan portal telah menulis akan cerita bahawa Aamir Khan meletakkan sejumlah wang di dalam karung gandum. Dengan cara itu, hanya mereka yang benar-benar memerlukan sahaja akan menerima bantuan tersebut akibat perintah berkurung di India.
Bagaimanapun, actor yang sering tampil dengan filem berunsurkan pendidikan itu telah menafikan perkara tersebut. Beliau menyangkal perkara berkenaan dengan melakukan ciapan melalui akaun twtitternya.
Aktor itu menganggap ada individu yang melakukan derma telah menggunakan namanya kerana tidak mahu identitinya didedah.
"Bukan saya yang memasukkan wang ke dalam karung gandum itu.
"Ini berita palsu, mungkin ada 'Robin Hood' yang tidak mahu mendedahkan siapa dirinya!" tweet Amir Khan.
Sebelum ini terdapat berita yang tular kononnya terdapat sebuah kenderaan yang dipenuhi dengan bungkusan satu kilo tepung telah tiba di sebuah kawasan di Delhi. Jadi, kepada sesiapa yang ambil tepung itu mereka akan menerima sejumlah wang yang tersorok di dalam bungkusn itu.
Sumber: Times Of India